Tanggal iklan haram di lampu isyarat - Utusan Malaysia

Tanggal iklan haram di lampu isyarat

IKLAN haram termasuk menawarkan pinjaman wang boleh ditemui di persimpangan jalan lampu isyarat di negara ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mewujudkan sistem semakan secara dalam talian bagi mengesahkan kesahihan logo-logo agensi kerajaan pada kain rentang yang diluluskan pihak terbabit.

Terbaharu, yang menjadi mangsa adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila logonya digunakan pada kain rentang dan iklan syarikat pemberi pinjaman wang. Sistem berkenaan hendaklah dihubungkan dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pihak berkenaan tahu sekiranya terdapat permohonan untuk memasang kain rentang yang memaparkan logo mereka tanpa keizinan.

Selain itu, satu lagi fenomena adalah perbuatan menampal iklan haram di lampu isyarat yang menawarkan pinjaman wang dan menjual rumah. Perbuatan pihak tidak bertanggungawab itu menyebabkan persimpangan jalan nampak comot dan menyakitkan mata memandang.

Saya pernah membuat aduan berhubung perkara itu kepada PBT tetapi dimaklumkan ia di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR). Apabila diadu kepada JKR, mereka memaklumkan tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk memantau masalah sedemikian.

Bagi saya, cara terbaik adalah meluaskan bidang tugas pekerja syarikat pemotong rumput dan pembersih sampah supaya mereka juga diberi kuasa untuk menanggalkan iklan haram terbabit.

PENUNGGANG VESPA
Shah Alam, Selango

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya