Stesen minyak tidak cukup - Utusan Malaysia

Stesen minyak tidak cukup

JUMLAH stesen minyak di lebuh raya perlu mampu memenuhi keperluan pengguna jalan raya. – GAMBAR HIASAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Ayer Hitam ke Johor Bahru, pemanduan di sepanjang lebuh raya ini sememangnya selesa. Banyak hentian Rehat dan Rawat (R&R) diwujudkan di samping susur keluar di Simpang Rengam, Sedenak dan Kulai. Bagaimanapun, perjalanan dari Machap ke Senai sejauh lebih 60 kilometer hanya mempunyai sebuah stesen minyak, iaitu Stesen Petron yang baru siap dibina berdekatan Senai.

Pada pandangan saya, sebuah lagi stesen minyak perlu dibina, mungkin di Sedenak bagi memudahkan pengguna lebuh raya mengisi minyak atau membeli keperluan lain. Begitu juga dari Pagoh ke Machap yang perlu diwujudkan satu lagi stesen minyak.

Pembinaan stesen minyak perlu dalam jumlah yang sama sebagaimana di Lebuh Raya PLUS Pagoh, Ayer Keroh, Simpang Empat dan Seremban, yang dikira berjarak dekat antara satu sama lain. Maka sewajarnya lebih banyak stesen minyak diwujudkan di laluan selatan ke arah Senai.

Selain itu, laluan dari Machap ke Johor Bahru sudah semakin bertambah bilangan kenderaan menggunakannya. Lebuh raya empat lorong sekarang dirasakan semakin sesak terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Jika kemalangan berlaku, perjalanan sudah pastinya tertangguh dan memakan masa panjang.
Sudah sampai masanya PLUS membuat perancangan untuk melebarkan laluan menjadi enam lorong untuk sepanjang laluan itu bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya