Selarikan tambah nilai kad, e-dompet - Utusan Malaysia

Selarikan tambah nilai kad, e-dompet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGGUNAAN Touch n Go dilihat memudahkan pengguna bukan sahaja di plaza tol tetapi juga ketika pembayaran parkir.

Pengenalan terhadap aplikasi e-dompet juga memudahkan pengguna dalam banyak urusan seperti pembayaran prabayar, menempah tiket wayang dan membayar bil telefon.

Namun, sistem tersebut perlu ditambah baik dengan menyelaraskan tambah nilai sama ada untuk e-dompet dan kad melalui satu kaedah sahaja.

Pada masa ini, tambah nilai melalui e-dompet boleh dilakukan sendiri secara dalam talian, namun tidak bagi kad yang masih memerlukan pengguna ke stesen minyak atau premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Perkara ini dilihat menyukarkan kerana orang ramai perlu menambah nilai kedua-duanya dalam dua kaedah berbeza. Hal ini dilihat sebagai beban kepada orang ramai.

Justeru, pihak Touch n Go perlu mengkaji keperluan bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut dengan menyelaraskan tambah nilai untuk kedua-duanya melalui satu akaun.

Perkara ini juga dilihat lebih berkesan bagi membolehkan pengguna mengetahui nilai baki e-dompet dan kad, sekali gus mengelakkan kesesakan di laluan tol akibat baki yang tidak mencukupi.

FAAIZ ZAKARIA
Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya