Pengajaran kisah Bukit Kepong - Utusan Malaysia

Pengajaran kisah Bukit Kepong

ANTARA anggota polis dan penduduk kampung yang terkorban ketika peristiwa Bukit Kepong pada 1950.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan ke- 63 pada tanggal 31 Ogos yang baru berlalu memberi satu pengalaman baharu bagi setiap rakyat Malaysia berikutan ancaman penularan pandemik Covid-19.

Ketika kita menyambut kemerdekaan dalam kesederhanaan untuk bersama-sama membendung penularan penyakit berkenaan, janganlah kita lupa peristiwa Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 yang menyimpan kenangan sejarah berdarah semasa era Darurat Pertama di Tanah Melayu.

Tragedi berdarah serangan Balai Polis Bukit Kepong itu berlaku semasa tempoh Darurat Pertama ketika Tanah Melayu dalam proses rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan. Serangan hendap pada awal pagi 23 Februari itu telah dilakukan oleh kira-kira 180 pengganas Parti Komunis Malaya (PKM).

Seramai 17 anggota polis telah terkorban dalam pertempuran menentang serangan komunis, di mana balai polis dan berek tempat anggota tinggal turut dibakar sehingga hangus.

Jumlah keseluruhan yang terkorban dalam tragedi itu adalah 25 orang termasuk ahli keluarga anggota polis dan penduduk kampung.

Pengorbanan pejuang negara dalam mempertahankan tanah air semasa Darurat Pertama sedikit sebanyak telah mengekang penularan aktiviti pengganas komunis.

Setelah 70 tahun peristiwa Bukit Kepong berlalu, banyak pengajaran berguna yang masih boleh diambil oleh generasi sekarang. Hari ini, ancaman pandemik Covid-19 juga memerlukan pengorbanan daripada setiap rakyat Malaysia.

DR. AMELIA YULIANA ABD. WAHAB
Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya