Muda yang bercelaru - Utusan Malaysia

Muda yang bercelaru

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) bersama para penyokong yang mendaftarkan parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI diketahui umum, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini menubuhkan sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bakal dipimpin oleh majoriti golongan muda.

Difahamkan, parti tersebut memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian kepada masalah negara sedia ada dengan keahlian terbuka kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, agama dan bangsa.

Sehingga kini, ideologi yang akan di bawa oleh parti itu masih samar-samar, Justeru, mampukah Muda menggugat parti gergasi di negara ini yang pada hemat saya sudah cukup sempurna?

Lebih penting lagi, mampukah bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjadi pesaing sedangkan semasa memegang portfolio menteri pun beliau tidak dapat laksanakan tugas dengan baik. Malah, bekas mentornya, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga kurang yakin dengan penubuhan parti baharu berkenaan.

Sudah cukupkah ilmu di dada untuk memimpin kerana kebolehan mengurus sesebuah parti bukan hanya sekadar pandai berkata-kata dan menabur pelbagai janji manis atau sekadar menarik muka-muka yang dikenali menyertai parti, sebaliknya lebih kepada perjuangan utuh.

Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari oleh Syed Saddiq dalam dunia politik sebelum melangkah menubuhkan parti baharu. Takut-takut parti itu pun tidak mampu bertahan lama.

KHAIRUL REDZA KHAIRUL AZAN
Subang Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya