Kecewa kurang tempat letak kereta - Utusan Malaysia

Kecewa kurang tempat letak kereta

MASIH banyak kawasan lapang yang dipenuhi pokok-pokok bersebelahan tempat letak kenderaan pelawat di Kompleks D, Presint 1, Putrajaya. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kekurangan tempat letak kereta untuk orang awam di Putrajaya bukan perkara baharu kerana ia telah dibangkitkan sejak perpindahan kumpulan pertama penjawat awam ke situ pada 1999.

Banyak pihak ketika itu menyifatkan status Putrajaya sesuai sebagai pusat menempatkan penjawat awam yang gaji mereka dibayar daripada hasil kutipan cukai rakyat. Justeru, segala kemudahan yang disediakan di situ termasuk tempat meletak kereta harus memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sebaliknya, perkhidmatan awam dilihat hanya memberi keselesaan kepada diri sendiri apabila banyak lot parkir tertera tanda ‘kakitangan sahaja’.

Setelah lama tidak ke Putrajaya, baru-baru ini saya ke situ dan mendapati isu kekurangan tempat letak kenderaan untuk pelawat masih berlarutan.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan kepada Perbadanan Putrajaya supaya tempat letak kenderaan sedia ada diperbesarkan kerana terdapat banyak lagi kawasan lapang yang hanya dipenuhi pokok-pokok.

Langkah itu tidak akan menjejaskan matlamat menjadikan Putrajaya bandar dalam taman kerana kita boleh mencontohi Singapura yang mewujudkan taman vertikal pada dinding bangunan dan di atas bumbung sebagai ganti setiap kawasan hijau yang telah dibangunkan.

Dalam pada itu, saya mendapati jalan raya di Putrajaya terutama laluan masuk dari Plaza Tol Serdang yang telah kabur garisan putih boleh mengelirukan pemandu pada waktu malam.

PESARA TENTERA
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya