Jangan bazir wang - Utusan Malaysia

Jangan bazir wang

WANG tidak dituntut merangkumi gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain dibuat kepada pekerja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN beberapa pihak supaya kerajaan menggunakan wang tidak dituntut dianggarkan berjumlah RM9 bilion setakat tahun lalu sebagai sumber pendapatan baharu bagi membiayai projek-projek ekonomi berorientasikan rakyat amat saya sokong. Membiarkan wang terbabit terus tersimpan tidak akan memberikan apa-apa manfaat kerana ia tidak akan menjana sebarang pulangan ekonomi. Lagipun, jumlah berkenaan memang sangat besar dan hampir menyamai peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebanyak RM10 bilion.

Wang tidak dituntut merangkumi gaji, bonus, komisen dan pembayaran lain dibuat kepada pekerja, dividen dan keuntungan diisytiharkan untuk pengagihan, tuntutan insurans, simpanan tetap matang dan baki kredit simpanan tidak aktif. Wang terbabit hendaklah dilaburkan dalam dana-dana yang tidak berisiko dan sebarang keuntungan hendaklah dikembalikan kepada pemilik asal sekiranya mereka membuat tuntutan nanti.

Untuk membolehkan langkah itu dilaksanakan, Akta Wang Tak Dituntut 1965 hendaklah dipinda atau diganti terus dengan rang undang-undang baharu. Pindaan berkenaan akan membolehkan Akauntan Negara merangkap Pendaftar Wang Tak Dituntut memindahkan wang tersebut kepada dana kerajaan secara sah yang boleh digunakan untuk pelaburan dalam projek-projek ekonomi tidak berisiko tinggi. Langkah membuat pindaan tersebut adalah amat penting bagi mengelak kerajaan disaman kerana menggunakan wang yang mempunyai pemilik secara tidak sah.

Saya juga berharap pandangan ulama diambil kira supaya pindaan undang-undang berkenaan selaras dengan ajaran Islam.

USTAZ MUDA
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya