Di mana-mana ada ketum - Utusan Malaysia

Di mana-mana ada ketum

TANAMAN ketum di kawasan rumah menjadi perkara biasa di Perlis, namun yang menjadi masalah apabila daun berkenaan di salah guna.– UTUSAN/ MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERBAHASAN mengenai baik buruk ketum tidak pernah habis. Sejak sekian lama, isu ketum terus menjadi polemik dengan pelbagai pandangan positif dan negatif dilontarkan berhubung penggunaan tumbuhan itu.

Di Perlis, pokok ketum boleh dilihat di mana-mana sahaja sama ada di belakang rumah, kebun, sawah atau ladang. Rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis mencatatkan, luas kawasan penanamam ketum di negeri itu adalah 10.75 hektar. Bagi rakyat Perlis, ketum adalah perkara biasa.

Bagi generasi terdahulu, mereka minum rebusan air ketum untuk tenaga bagi melakukan kerja-kerja berat. Generasi sekarang pula ‘bijak pandai’, campur air ketum dengan pelbagai bahan untuk khayal. Itulah dikatakan salah guna ketum.

Dalam kalangan pengusaha, mereka mampu menjana pendapatan belasan ribu ringgit sebulan daripada hasil jualan daun ketum. Penyeludup jauh lebih banyak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Jadi tidak hairanlah penyeludup sanggup bergadai nyawa membawa keluar daun berkenaan ke negara jiran sama ada melalui lorong-lorong tikus di Padang Besar, Wang Kelian atau terbaru, ikut laut di Kuala Perlis.

Kata Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, rampasan antara 200 hingga 300 kilogram daun ketum setiap hari menjadi perkara biasa di Perlis.
Jika di Thailand, daun berkenaan sudah dikormersialkan untuk perubatan yang kemudian dieksport ke luar negara. Secara tidak langsung membantu menambah pendapatan untuk negara tersebut.

Di Malaysia pula, status sama ada ketum halal atau haram sehingga hari ini masih belum diputuskan. Apa yang ada, Akta Racun 1952 yang digunakan bagi kesalahan penyalahgunaan daun ketum.

Bagi Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dr. Khairul Farihan Kasim, beliau lebih melihat kepada potensi ketum yang cukup besar untuk dikomersialkan.

Jika dilihat dari sudut positif, ketum sebenarnya berpontensi menjadi komoditi terbaru yang boleh menjana pendapatan untuk negara khususnya di negeri ini. Difahamkan, ketum dari Malaysia adalah yang terbaik sehingga mendapat permintaan tinggi di luar negara.

Tapi sayang, kita tidak gunakan peluang tersebut hanya kerana terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan daun berkenaan sehingga menimbulkan mudarat.

PENULIS ialah Koresponden
Utusan Malaysia Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×