Cukupkah sekadar ada lesen? - Utusan Malaysia

Cukupkah sekadar ada lesen?

Sekumpulan penunggang basikal melalui Jalan Ampang di Kuala Lumpur yang sibuk dengan kenderaan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKTIVITI berbasikal menjadi trend sejak kebelakangan ini, bukan sahaja melibatkan golongan belia malah mereka yang berusia.

Ada dalam kalangan mereka berbasikal secara santai dan sebagai riadah, namun tidak kurang juga yang serius dengan melakukan aktiviti kayuhan ke negeri-negeri lain menggunakan lebuh raya atau jalan raya sehingga mengganggu pengguna lain.

Cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk mendaftar dan diletakkan nombor plat pada basikal dilihat agak kurang wajar memandangkan bukan sahaja membebankan rakyat, malah tidak membantu dari segi keselamatan.

Adalah lebih baik kerajaan bersama Miros memikirkan kaedah lain dalam memastikan penunggang basikal sentiasa selamat ketika beriadah melalui penguatkuasaan undang-undang seperti mewujudkan had masa berbasikal pada waktu puncak di jalan raya serta diwajibkan berbasikal hanya di laluan khas.

Mungkin cara itu lebih baik berbanding cadangan untuk mendaftar dan memasang nombor plat basikal. Malah cadangan itu juga tiada logiknya kerana berbasikal merupakan trend pada masa kini, mungkin esok atau lusa penunggang beralih kepada aktiviti lain pula.

Apa yang lebih penting, penunggang basikal dan pengguna jalan raya mestilah saling hormat-menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pakai pakaian keselamatan secara lengkap dan menunggang secara berhemah, sekali gus cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang basikal.

AZRIE AMRI MOHAMED
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya