Sokong wujud badan cungkil bakat penulis muda - Utusan Malaysia

Sokong wujud badan cungkil bakat penulis muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyambut baik cadangan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan dalam Utusan Malaysia pada 21 Julai lalu yang mencadangkan ditubuhkan satu badan yang berperanan menyemarakkan bidang penulisan bahasa Melayu terutama dalam melahirkan lebih ramai penulis muda.

Badan menyamai Majlis Olimpik Malaysia yang bertanggungjawab mencungkil bakat atlet-atlet muda diharap dapat menyemarakkan kembali bidang sastera yang dilihat semakin suram selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Sekiranya penubuhan badan sedemikian sukar dibuat kerana kekurangan dana, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang terjejas akibat pandemik berkenaan. Cukup buat permulaan diwujudkan bahagian atau unit khusus untuk tujuan itu.

Mungkin tanggungjawab berkenaan boleh diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menyerahkan tanggungjawab sahaja tidak mencukupi jika tidak disusuli pertambahan peruntukan dan kakitangan.

Antara yang boleh dilaksanakan oleh bahagian atau unit berkenaan adalah mewujudkan anugerah khusus dan memberikan habuan wang tunai kepada penulis muda yang berjaya menghasilkan karya berkualiti.

Wujudkan pelbagai kategori anugerah seperti fiksyen sains dan bukan fiksyen supaya lebih ramai penulis muda berpeluang untuk menang.

Karya-karya yang telah menang wajar diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Lebih baik jika karya terbabit dijadikan filem untuk tontonan seluruh dunia.

PELUKIS SAMBILAN
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya