Bela nasib pekerja - Utusan Malaysia

Bela nasib pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK langkah dibuat oleh kerajaan bagi membantu golongan pekerja termasuk me­lanjutkan moratorium bayaran pinjaman bank secara bersasar selama tiga bulan bermula Oktober ini. Tumpuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pandemik Covid-19. Langkah terbaharu itu melibatkan dua golongan iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang masih bekerja tetapi gaji berkurangan. Sebelum ini, kerajaan memberi moratorium selama enam bulan berakhir September ini bagi membantu meringankan beban pekerja dan peniaga yang terjejas akibat Covid-19.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan, apa yang dilakukan oleh majikan khususnya syarikat swasata untuk membantu pekerja masing-masing? Janganlah hanya menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan untuk membela nasib golongan yang terjejas akibat Covid-19. Adakah majikan-majikan mempunyai pelan jangka pendek dan panjang untuk meminimumkan kos operasi sekali gus membolehkan semua pekerja terus kekal? Jika syarikat mahu mengecilkan saiz operasi dengan membuang pekerja, pihak pengurusan harus mempunyai perancangan bagi memastikan mereka yang terlibat boleh mendapat pekerjaan baharu.

Syarikat yang prihatin akan memberikan pampasan kepada pekerja yang dibuang atau hanya membuat pemberhentian sementara dan mengambil semula kakitangan mereka apabila keadaan ekonomi kembali pulih.

MASIH BEKERJA
Taman Seberang Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya