Tukar sampah jadi duit - Utusan Malaysia

Tukar sampah jadi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, bulan lalu yang menyarankan rakyat menjana pendapatan daripada industri sampah.

Dengan hanya mengumpulkan sampah yang boleh dikitar semula, ia boleh ditukar menjadi wang tunai hingga mampu memperoleh pendapatan yang baik. Ini terbukti apabila segelintir penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat berjaya meraih pendapatan antara RM800 hingga RM1,000 sebulan hanya dengan menjual produk kitar semula.

Sampah juga boleh menjadi punca rezeki. Baja pokok boleh dihasilkan daripada sisa makanan selain barangan kitar semula seperti kaca, kertas, plastik dan besi. Kerajaan boleh memperluaskan industri ini untuk membantu rakyat.

Orang ramai yang digalakkan supaya mengitar semula secara menyeluruh termasuk mengumpul dan melakukan penguraian makanan boleh menghasilkan pendapatan. Melalui kaedah tersebut, ia dapat memelihara persekitaran daripada pencemaran.

Kerajaan juga boleh membangunkan bakat pereka muda yang berminat dalam bidang pengurusan sisa dan kitar semula termasuk menaja program kitar semula di sekolah-sekolah kerana ia memberi impak positif kepada masa depan negara.

YUSRY
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya