Tiga mangsa gerai kena rempuh kenderaan menerima sumbangan ikhlas iaitu peralatan gerai daripada syarikat telekomunikasi, Halo Telco bernilai lebih RM3,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Halo Telco, Mohd. Shukri juga dikenali Boss Shukex berkata, mereka terpanggil membantu berikutan simpati dengan nasib menimpa mangsa, dalam situasi mereka baharu boleh membuka perniagaan selepas perintah kawalan berakhir.
Katanya, bantuan khidmat masyarakat menerusi program Halo Prihatin Bantuan Kilat itu dihulurkan kepada mana-mana masyarakat terjejas akibat bencana atau sebarang dan kemalangan yang lain.
“Sewaktu saya menghubungi mangsa, bila kami cakap ingin membantu mereka bagaikan tidak percaya ingatkan kami ‘main-main’.
“Mereka menyatakan sumber pendapatan mereka tidak tetap dan hanya menunggu tuntutan insurans kereta yang merempuh itu tetapi mungkin mengambil masa lama,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam insiden itu, tiga gerai makan di Jalan Taman Mesra, Kajang rosak akibat dirempuh sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun yang keluar dari kawasan parkir sebelum hilang kawalan kerana masalah brek.
Pemandu kereta itu yang panik kemudiannya langgar sisi kiri depan sebuah Honda City dipandu seorang wanita berusia 39 tahun serta tiga gerai di kawasan berkenaan.
Selain kerosakan gerai, ada peniaga cedera ringan terkena minyak panas.
Mangsa ialah Zalifah Aziz, 46, Ruzaini Shahbani, 25, dan Juliana Israpil, 24.
Mohd. Shukri berkata, pihaknya terbuka dalam membantu mangsa. Mana-mana insan terjejas boleh berhubung dengan Boss Shukex.

MAKAN PERCUMA
Majlis penyerahan bantuan dan peralatan gerai berlangsung semalam. Sementara itu, Halo Telco akan menganjurkan ‘Program Belanja Makan Percuma’ di gerai berkenaan hari ini.
“Kami akan menaikkan bunting makanan percuma dan orang ramai boleh datang untuk menikmatinya.
“Antara gerai terbabit ialah penerima gerai minuman Milo, salah seorang penerima bantuan semalam,” katanya.
Menerusi program itu, Halo Telco menaja RM500 kepada pemilik gerai bagi membolehkan mereka menyediakan hidangan di gerai terpillih secara percuma kepada orang ramai.
Objektifnya untuk meningkatkan ekonomi dan membantu peniaga gerai.
Sejak diperkenalkan awal Mac, lebih 20 gerai makanan mendapat manfaat daripadanya.
“Program ini akan dijalankan di mana-mana sahaja. Bagi mengelakkan kesesakan orang ramai, kami tidak hebohkan di laman sosial.
“Sebaliknya di mana tempat ingin kami singgah, kami akan naikkan bunting.
“Waktu makan pun tidak tetap, ada waktu sarapan pagi atau makan malam. Tetapi pada kebiasannya kami akan ke gerai baharu atau yang tidak ramai pelanggan bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya.
Mereka yang ingin terlibat dalam misi Halo Prihatin boleh berbuat demikian dengan menggunakan simkad Halotelco Tunetalk.
Ikuti aktiviti Boss Shukex: https://www.facebook.com/Shukexhalo
https://www.tiktok.com/@bosshukex










