PETALING JAYA: Perebutan gelaran ‘mesin gol’ Liga Super semakin menarik apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva kini unggul di kedudukan teratas dengan 27 jaringan. Calon pemain naturalisasi Harimau Malaya itu meledak enam gol kelmarin ketika skuad Harimau Selatan berpesta jaringan membelasah Kelantan The Real Warriors 14-1 di Stadium Sultan Ibrahim. Ledakan enam gol atau hatrik berganda itu menyaksikan Bergson berjaya memintas kedudukan penyerang Selangor FC, Chrigor Maraes…










