SUBANG JAYA: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merancang untuk mengangkat jaguh bekas pecut para negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai ikon dan duta badan induk itu susulan pengumuman persaraannya daripada arena kompetitif. Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin berkata, sumbangan besar Ridzuan kepada sukan para negara tidak boleh dinafikan, malah menyifatkan atlet itu sebagai antara figura paling berpengaruh dalam sejarah paralimpik Malaysia. “Dekwan adalah antara idola saya. Saya sangat hormat…










