PETALING JAYA: Meskipun sekadar terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin, Selangor FC (SFC) masih di landasan tepat untuk mara ke perlawanan akhir berdasarkan dominasi permainan yang dipamerkan. Keputusan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin menyaksikan peluang kedua-dua pasukan masih terbuka dengan Kuching City memiliki kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri pada aksi timbal balik pada 18 April ini. Berbeza dengan satu lagi separuh akhir,…










