PETALING JAYA: Harapan untuk melihat pelumba muda motosikal negara seperti Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan pergi lebih jauh memburu kejuaraan dunia mungkin tidak kesampaian jika masalah dana terus menghimpit kedua-duanya. Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, sudah semestinya bantuan daripada AEON Credit telah menyelamatkan karier Hakim Danish tetapi ia belum mencukupi untuk menampung tempoh jangka panjang. “Buat masa sekarang, memang kita cakapkan dana untuk Hakim Danish kita…










