PETALING JAYA: Kelemahan pemain perseorangan masih menjadi mimpi ngeri buat skuad badminton negara untuk bersaing dalam Piala Thomas di Horsens, Denmark pada April ini Perkara itu menjadi bualan susulan prestasi hambar di Kejohanan All England yang menyaksikan pemain negara masih gagal, malah terkandas di peringkat awal. Legenda badminton negara, Razif Sidek berkata, pasukan negara sekurang-kurangnya memerlukan kombinasi dua kemenangan daripada beregu serta satu mata daripada perseorangan untuk memberi kelebihan dalam…










