PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon memasang impian untuk mengembalikan zaman kegemilangan Gergasi Merah dalam kancah Liga Malaysia (Liga M). Keyakinan itu hadir selepas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu melakar rekod bersih bersama Selangor dengan meraih sembilan kemenangan dalam 11 perlawanan. Impak positif yang dibawa bekas pengendali Harimau Malaya itu juga membantu Gergasi merah mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) musim ini. Pada…










