LISBON: Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Ricardo Quaresma yakin Portugal mampu menyerap tekanan tinggi sekali gus menghadiahkan penyerang sensasi itu peluang terakhir menjulang trofi Piala Dunia. Menurut Quaresma, yang pernah mencipta kejayaan bersama Ronaldo dalam Kejuaraan Eropah (Euro) pada 2016, skuad Portugal kini memiliki keyakinan tinggi selepas kejayaan menjuarai Liga Negara-Negara baru-baru ini. Katanya, kehadiran Ronaldo dalam skuad menjadi pembakar semangat utama buat pasukan dalam menghadapi kejohanan terbesar dunia itu.…











