PETALING JAYA: Lima penyerang yang dipanggil pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski diyakini mampu mengembalikan maruah negara dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 31 Mac ini. Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Zulakbal Abd Karim berkata, berdasarkan prestasi semasa, kesemua penyerang tersebut merupakan aset terbaik buat Harimau Malaya. “Saya percaya pemain tempatan yang dipanggil bagi menghadapi perlawanan ini mampu buktikan sesuatu, walaupun kita sudah tiada apa…











