JDT terus 'terbang' tinggi

JDT terus ‘terbang’ tinggi

Penyerang Sanfrecce Hiroshima, Ryo Germain (tengah) merembat bola ke gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Hiroshima, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim(JDT), Xisco Munoz meluahkan rasa teruja apabila skuad Harimau Selatan mencipta sejarah tersendiri dengan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) buat pertama kali.

Walaupun tewas 0-1 kepada Sanfrecce Hiroshima dalam aksi timbal balik pusingan 16 Zon Timur di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima namun kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama sudah cukup untuk memastikan JDT mara dengan agregat 3-2.

Kejayaan tersebut sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting buat kelab gergasi selatan tanah air itu dalam usaha berada sebaris dengan kelab terbaik Asia.

Menurut Munoz, pencapaian bersejarah itu bukan hanya hasil usaha barisan pemain dan jurulatih semata-mata, sebaliknya turut didorong oleh visi serta komitmen pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail, yang sentiasa berada di belakang pasukan.

“Memang menakjubkan bukan satu tugas mudah untuk layak tapi kami berpegang kepada kata-kata Boss (Tunku Mahkota Ismail) tiada yang mustahil dan apa jua kerja keras yang dilakukan pasti ada ganjaran.

“Itu yang menjadi pendorong untuk kami tekad melaksanakan tugas dengan sempurna. Ia perlawanan sukar dan seperti yang saya katakan petang semalam, bagaimana Sanfrecce memiliki barisan pemain terbaik tatkala melakukan beberapa set-piece’ yang mengundang cemas di benteng JDT namun pujian kepada pemain saya apabila mengekalkan konsistensi.

“Walaupun lawan berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti tapi ia tidak memberi masalah bagi kami kerana gol itu dijaringkan pada hujung permainan malah pemain JDT beraksi tanpa tekanan untuk menepis segala asakan mereka,” katanya selepas perlawanan, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN