PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon menyeru jentera serangan supaya lebih ‘kejam’ di hadapan gawang meskipun mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Imigresen FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin. Katanya, kemenangan itu sesuatu yang membanggakan, namun Selangor masih perlu memperbaiki ketajaman penyudah jika mahu muncul sebagai pasukan yang benar-benar digeruni. “Saya bangga dengan semua pemain kerana selepas perlawanan lalu kita tidak berada pada tahap…










