LONDON: Arsenal yang akan berkunjung ke Mansfield manakala Chelsea berdepan Wrexham pada pusingan kelima Piala FA mahu mengelak daripada menjadi ‘mangsa’ kejutan kepada kelab Liga Kejuaraan dalam perebutan trofi itu. Wrexham sebelum ini telah menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest pada pusingan ketiga musim ini. Pengendalinya, Phil Parkinson berharap semangat yang pernah mengangkat kelab itu, ketika berada di divisyen keempat menewaskan Arsenal pada Piala FA 1992, dapat dihidupkan…










