TORUN, Poland: Raja lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis kembali ke lokasi rekod dunia pertamanya di Torun, Poland, untuk memenangi gelaran keempat dunia dalam gaya dominan, semalam. Duplantis yang mencipta rekod dunia pertamanya dengan catatan 6.17 meter (m) di bandar Poland itu pada 2020, melakukan enam lompatan dan berjaya melepasi palang setiap kali dengan catatan terbaik 6.25m. Dalam satu persembahan bertaraf tinggi yang memukau, pencabarnya hanya mampu menyaksikan dari jauh apabila Emmanouil…







