PETALING JAYA: Statut perlembagaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu digubal semula agar selari dengan keperluan semasa, khususnya berkaitan struktur kepemimpinan badan induk itu. Menurut bekas Ahli Jawatankuasa (Exco) FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaludin, peruntukan perlembagaan yang melibatkan peletakan jawatan dan perebutan kerusi perlu diperhalusi. Beliau menjadikan contoh peletakan jawatan 17 Exco pada Januari lalu dan berpendapat bahawa larangan untuk bertanding semula perlu dikenakan bagi memastikan akauntabiliti setiap jawatan di FAM…











