PUTRAJAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menaruh kepercayaan penuh terhadap barisan pemain hoki kebangsaan untuk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda, Ogos ini. Bagi merealisasikan impian tersebut, skuad kendalian Sarjit Singh perlu menempatkan diri dalam tiga pasukan terbaik pada aksi kelayakan Piala Dunia di Mesir, 28 Februari hingga 8 Mac ini. Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, berdasarkan persiapan yang dilakukan oleh skuad Speedy Tigers,…










