PENANGGUHAN mesyuarat kepimpinan serta kelewatan berpanjangan dalam melantik Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) berkembang menjadi krisis legitimasi dan persepsi. Hal ini secara langsung menjejaskan keyakinan pengundi, khususnya atas pagar yang sebelum ini melihat PN sebagai alternatif kerajaan hari ini. Dalam politik, masa ialah modal strategik. Setiap hari berlalu dengan ketidaktentuan bukan sahaja melemahkan jentera parti, malah membuka ruang kepada naratif PN sedang terperangkap dalam konflik dalaman yang tidak berkesudahan, berlegar…










