KUALA LUMPUR: Rexy Mainaky menjelaskan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee bukan sekadar soal keputusan kejohanan, sebaliknya sebagai langkah strategik membina ekosistem beregu wanita negara untuk jangka panjang. Menurut Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara itu, pengalaman Mei Xing dan Pei Kee perlu dimanfaatkan untuk membimbing pemain muda menyesuaikan diri di pentas antarabangsa, khususnya ketika Malaysia masih bergelut mengejar konsistensi seperti kuasa besar dunia. “Dengan…










