PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi bayangan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berpotensi berakhir dengan keputusan positif. Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata, petunjuk paling jelas ialah apabila CAS meluluskan penangguhan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas tujuh pemain terbabit. “Mereka memohon perintah penangguhan dan CAS meluluskannya, sekali gus memberi petunjuk…










