PETALING JAYA: Individu yang berhasrat merebut jawatan No.1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan tahun ini perlu memastikan mereka memiliki sokongan ‘kukuh’ daripada ahli gabungan. Menurut sumber industri, syarat minimum pencalonan telah ditetapkan dalam statut badan induk bola sepak negara itu dan setiap calon perlu mematuhinya sebelum layak bertanding. Menurutnya, calon Presiden FAM wajib memperoleh sekurang-kurangnya enam pencalonan daripada ahli gabungan, manakala Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan. “Sesiapa yang…










