LONDON: Liverpool berjaya mengikat bintang Rennes, Jeremy Jacquet pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai perancangan menguatkan benteng pertahanan. The Reds dilaporkan bersetuju membayar yuran perpindahan sehingga 60 juta pound (RM323 juta) untuk pemain pertahanan muda berpotensi tinggi itu sebelum jendela ditutup pada pukul 3 pagi, semalam. Bagaimanapun pemain berusia 20 tahun itu tidak akan menyertai juara EPL sehingga musim panas walaupun Liverpool memerlukan tambahan kekuatan di…










