LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa pasukannya menggunakan ‘kesakitan’ seri 2-2 dengan Wolves untuk menghidupkan semula cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris menentang musuh ketat, Tottenham Hotspur. The Gunners berada di landasan untuk meraih kemenangan selepas jaringan Bukayo Saka dan Piero Hincapie meletakkan mereka mendahului 2-0 di Molineux, namun Wolves yang berada di tangga tercorot bangkit menerusi Hugo Bueno dan Tom Edozie. Keputusan itu menyaksikan Arsenal yang memburu kejuaraan England pertama…










