MANCHESTER: Manchester United berdepan tamparan awal apabila Patrick Dorgu berkemungkinan terpaksa diketepikan selama beberapa minggu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris(EPL) menentang Fulham di Old Trafford hari ini. Khidmat Dorgu terpaksa dilupakan susulan kecederaan otot paha yang dialaminya ketika aksi menentang Arsenal tempoh hari. Pemain antarabangsa Denmark berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-81 selepas mengalami kecederaan, hanya kira-kira setengah jam selepas meledak gol kedua United menerusi voli kaki…










