KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menunggu kata putus daripada perseorangan lelaki, Lee Zii Jia serta beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjelang kem latihan berpusat di Denmark sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas pada 24 April ini. Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, badan induk itu sudah menghulurkan jemputan rasmi kepada Zii Jia, Aidil Sholeh Ali Sadikin serta Sze Fei-Izzuddin untuk menyertai kem latihan…










