‘Saya belum layak kemudi Selangor’

‘Saya belum layak kemudi Selangor’

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva merembat bola di hadpan benteng pertahanan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali sementara Selangor FC (SFC), Christophe Gamel merasakan dia belum layak menjadi ketua jurulatih tetap Gergasi Merah selepas menggalas tanggungjawab itu menggantikan Katsuhito Kinoshi yang dipecat pada 26 September tahun lepas.

Beliau berkata demikian selepas pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin sekali gus menamatkan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam Liga Super.

Kekalahan di tangan Harimau Selatan menyaksikan mereka ketinggalan tiga mata di belakang Kuching City FC dan KL City FC namun perjalanan liga masih panjang bagi merebut kedudukan kedua terbaik.

Gamel bagaimanapun menegaskan, beliau akan terus komited menjalankan tugasnya sebagai pengendali sementara dan kedudukannya bersama pasukan hanya dapat diputuskan oleh barisan pengurusan Selangor.

Pengendali dari Perancis itu mengakui gembira dengan perubahan yang dapat dilakukan ke atas pasukan itu kerana mereka kini tampil dengan mentaliti yang lebih baik.

“Saya rasa saya tidak layak (jadi pengendali tetap) tetapi sementara adalah sementara. Anda kena terima perkara ini kerana kalau mereka tandatangan saya untuk kontrak betul, ia berbeza.

“Tetapi kalau sementara, kita perlu adil kerana apabila mereka katakan untuk berhenti, kita kena berhenti. Saya sentiasa dedikasi kepada pasukan.

“Tetapi kalau itu yang berlaku, saya akan rasa tidak adil tetapi itu bukanlah isu besar. Kadangkala mereka mahukan nama yang besar.

“Apapun, saya bangga dengan apa yang kami dicapai kerana saya mengubah wajah pasukan ini secara keseluruhan. Kami bangkit sebagai pasukan dengan minda menyerang dan ini sesuai dengan mentaliti SFC,” kata Gamel.

Ketika ini, pasukan itu dikaitkan dengan bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebagai jurulatih baharu SFC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×