PETALING JAYA: Pengendali sementara Selangor FC (SFC), Christophe Gamel merasakan dia belum layak menjadi ketua jurulatih tetap Gergasi Merah selepas menggalas tanggungjawab itu menggantikan Katsuhito Kinoshi yang dipecat pada 26 September tahun lepas. Beliau berkata demikian selepas pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin sekali gus menamatkan rekod lima kemenangan berturut-turut dalam Liga Super. Kekalahan di tangan Harimau Selatan menyaksikan…










