KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berharap gandingan utama negara, Pearly Tan–M. Thinaah mampu mengekalkan momentum cemerlang mereka dengan terus mara ke pentas final secara konsisten pada musim ini selepas mencatat lapan penampilan perlawanan akhir sepanjang musim lalu. Rosman berkata, pencapaian luar biasa itu telah melonjakkan tahap keyakinan pasangan No.2 dunia berkenaan, namun menegaskan keutamaan kini adalah memastikan prestasi tersebut dapat dikekalkan dan bukan sekadar bersifat sementara.…










