Munoz jangka tentangan sengit

Munoz jangka tentangan sengit

Xisco Munoz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menjangkakan perlawanan menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini bakal menjadi satu pertembungan yang sengit.

Menurut Munoz, skuad kendalian Christophe Gamel itu berada di tahap terbaik setelah memenangi lima perlawanan terakhir Liga Super yang dilalui.

Katanya, Harimau Selatan sudah membuat persiapan rapi menjelang perlawanan itu dan mahu memastikan rekod bersih menang kesemua perlawanan liga setakat ini tidak tercalar.

“Saya tidak mahu pemain berada dalam keadaan selesa setelah JDT gah berada di puncak liga sebaliknya perlu konsisten dan memberikan 100 peratus di atas padang. Jadi, untuk perlawanan Selangor ini, kami sudah bersiap sedia.

“Kemenangan menentang Red Giant do Stadium MBPJ amat penting bagi membakar semangat pemain memulakan pusingan kedua saingan liga dengan langkah kanan,” ujarnya.

JDT mendapat tonik menjelang perlawanan menentang Selangor apabila penjaring terbanyak sepanjang zaman, Bergson Da Silva kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Munoz berkata, Bergson yang mengalami kecederaan sebelum ini sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan utama dan bakal diturunkan dalam menjayakan misi membawa pulang tiga mata.

“Selain Bergson, Jairo Da Silva juga berada di tahap terbaik setelah mencetak 12 gol pada musim ini, saya percaya dia akan terus cemerlang menambah rekod jaringan,” ujarnya.

Tambahnya, skuad JDT turut diperkuat dengan kembalinya, Ager Aketxe yang lama diketepikan akibat kecederaan, bagi memperkuat bahagian tengah JDT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN