VALENCIA: Pelumba Ducati, Marc Marquez menafikan dakwaan mengatakan dia bakal menyertai Honda dalam saingan MotoGP musim ini malah menganggap khabar angin tersebut lebih kepada teori. Walaupun menamatkan kontraknya dengan Honda setahun lebih awal untuk menyertai Gresini bagi musim 2024, juara MotoGP tujuh kali itu berpisah dengan pengeluar Jepun tersebut secara baik. Marquez pada awalnya tidak menutup pintu kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Honda, namun sebarang kepulangan bergantung kepada kebangkitan semula…










