PETALING JAYA: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou mengelak meratapi kekecewaan gagal membawa pulang pingat emas di Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 yang melabuhkan tirainya semalam. Ini kerana juara Paralimpik dua kali itu dijadual beraksi di Kejohanan Dunia Para Badminton yang akan berlangsung di Manama, Bahrain pada 8 hingga 14 Februari ini. Liek Hou meraih dua perak masing-masing dalam acara perseorangan dan beregu lelaki SU5 (kecacatan bahagian atas…










