KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tampil mengakui kaedah latihan ‘gaya Eropah’ menjadi punca dia terus bergelut untuk meningkatkan persembahannya. Pemain yang menghuni ranking No. 28 dunia itu berkata, sejak kecil dia terbiasa dengan kaedah lama dan secara tiba-tiba perlu melakukan perubahan tersebut dengan gaya permainan yang berbeza daripada kebiasaannya. “Bukan cakap tak boleh masuk, tapi mungkin sejak dari kecil sampai (awal) tahun lepas sudah biasa dengan…











