MADRID: Barcelona kembali merampas kedudukan teratas La Liga selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Real Oviedo hasil jaringan Dani Olmo, Raphinha serta gol cantik Lamine Yamal menerusi aksi akrobatik. Selepas Real Madrid menewaskan Villarreal kelmarin untuk memintas seketika di puncak liga, kelab Catalan itu kembali berada satu mata di depan. Walaupun Oviedo menghuni tangga tercorot liga dengan hanya dua kemenangan sepanjang musim, Barcelona dipaksa bekerja keras untuk memecahkan benteng lawan…










