MELBOURNE: Carlos Alcaraz meneruskan misinya untuk memenangi gelaran sulung Terbuka Australia apabila menewaskan pemain Perancis, Corentin Moutet, semalam sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik. Sementara, pemain Belarus yang juga pilihan utama, Aryna Sabalenka mengakui emosinya bercelaru walaupun mencatat kemenangan. Finalis tiga kali Daniil Medvedev turut bertarung hebat pada hari keenam kejohanan di Melbourne Park yang panas dan cerah, begitu juga Coco Gauff. Alcaraz langsung tidak terancam menentang pemain Perancis…










