PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah di landasan terbaik untuk mencipta sejarah mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China. Jika berjaya berbuat demikian, maka, Pearly-Thinaah akan menjadi beregu wanita pertama Malaysia berbuat demikian sejak WTF diperkenalkan pada 2018. Semalam, Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan pertama melakar kemenangan kedua selepas membenam gandingan No. 6 dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun…










