BANGKOK: Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan- M. Thinaah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk meraih pingat emas acara beregu wanita pada Sukan SEA Thailand 2025, semalam. Pasangan negara itu mempamerkan aksi luar biasa apabila mereka dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam aksi rubber set 21-16, 19-21, 21-17. Kejayaan manis tersebut sekaligus mengulangi pencapaian kali terakhir skuad negara…










