BANGKOK: Bukan sahaja menjadi buruan skuad badminton berpasukan lelaki negara, malah rekod dua dekad tanpa emas dalam acara itu di Sukan SEA juga menjadi sasaran untuk dileburkan. Prestasi skuad negara kini terbaik apabila tidak kalah dalam laluan ke final termasuk mudah membenam tuan rumah 3-1 dalam aksi separuh akhir di Gimnasium 4, Universiti Thammasat, kelmarin. Berdepan Indonesia di final hari ini, pastinya laluan sukar menanti skuad negara, namun dengan kekuatan…










