Maresca bimbang prestasi tumpul Chelsea

Maresca bimbang prestasi tumpul Chelsea

Penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi diasak pemain Chelsea, Joao Pedro (tengah) dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Bergamo, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERGAMO: Pengendali Chelsea, Enzo Maresca tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap prestasi pasukannya yang dilihat terumbang-ambing sejak kebelakangan ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah.

Derita Chelsea dalam kempen Eropah berterusan apabila skuad kendalian Enzo Maresca sekali lagi keciciran mata, tewas 1-2 kepada Atalanta pada aksi Liga Juara-Juara semalam sekali gus melebarkan rekod tanpa kemenangan kepada empat perlawanan berturut-turut.

“Saya sentiasa bimbang. Dua mata daripada empat perlawanan jauh daripada apa kami sasarkan,” katanya.

Pengendali Itali itu juga mengakui pasukannya mulai hilang dominasi sebaik mendahului satu jaringan.

“Separuh masa pertama kami kawal permainan, tetapi selepas jaringan pertama, kami kehilangan momentum. Ketika terikat 1-1, segalanya berubah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Maresca berkata, jadual padat turut dijadikan faktor yang menekan pemain-pemianya.

“Kami bermain setiap dua hari, dan ada waktu pasukan kelihatan tertekan. Fokus kini hanya satu menang perlawanan seterusnya,” jelasnya.

Joao Pedro sempat menghidupkan harapan The Blues dengan gol pembukaan pada babak pertama, namun rentak mereka hilang sejurus bersambung separuh masa kedua.

Atalanta bangkit garang menerusi jaringan Gianluca Scamacca sebelum Charles De Ketelaere menghukum kelekaan pelawat dengan gol kemenangan di penghujung aksi.

Sejak menewaskan Barcelona 3-0 pada 25 November lalu, Chelsea tidak lagi merasai nikmat tiga mata apabila prestasi yang semakin menambah tekanan terhadap Maresca. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN