LONDON: Kemenangan 3-0 Manchester City ke atas Crystal Palace, semalam menyaksikan Pep Guardiola hanya memerlukan 358 perlawanan untuk mencapai angka 150 kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau kini memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang Alex Ferguson dalam 522 perlawanan untuk mencapai jumlah 150 kemenangan sekali gus memberi gambaran Guardiola akan terus melebarkan rekod berkenaan. Satu-satunya pengurus lain yang pernah mencapai 150 kemenangan seperti itu adalah bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger…










