PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Christophe Gamel tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas beberapa keputusan pengadil didakwanya menjejaskan rentak pasukan ketika tewas kepada Sabah pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium MBPJ, kelmarin. Antara insiden paling mencuri tumpuan ialah kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan import, Mamadou Diarra pada masa kecederaan, sekali gus memaksa Gergasi Merah menghabiskan aksi tambahan dengan 10 pemain sebelum tewas menerusi penentuan penalti. “Saya malu dengan…











